Infaq Di Hujung Jari
PROGRAM INFAQ BULANAN
Program ini diadakan untuk memberi peluang kepada orang ramai di luar sana yang berniat untuk menghulurkan bantuan dengan kemampuan masing-masing secara Istiqomah setiap bulan. Segala pemberian yang kami terima kami akan salurkan untuk 5 perkara :

Pendidikan
Bantuan pembelian kitab, alat bantu dengar dan sebagainya.

Makan & Minum
Perbelanjaan makanan dan minuman berkhasiat untuk para pelajar.

Ultiliti
Kos utiliti seperti bil elektrik dan bil air setiap bulan.

Baik Pulih Bangunan
Baik pulih dan naik taraf bangunan meliputi bilik kuliah, pejabat, asrama dan sebagainya untuk menjalankan aktiviti pembelajaran dan pendidikan.

Pengurusan
Servis penyelenggaraan dan pengurusan bagi melancarkan proses pendidikan dan kecemerlangan pelajar.
AYUH BERINFAQLAH MENGIKUT KEMAMPUAN KITA
Pindahan Bank?
Tidak ada masalah.
Jika anda tidak mempunyai akses untuk bayaran secara FPX/ Kad, boleh buat infaq melalui Pindahan Bank atau Deposit Tunai ke nombor akaun yang dipaparkan. Kemudian, hubungi pegawai kami melalui link berikut bagi tujuan rekod maahad.


Butang Pantas Link Bank Malaysia
Semoga kita semua dapat beristiqomah dalam melakukan ibadah ini agar menjadi bekalan kita di akhirat kelak walaupun sedikit tetapi bernilai di sisi Allah s.w.t. Moga dimurahkan rezeki serta diberkati. Amin…